METODOLOGI PENDALILAN TERHADAP FATWA PENSABITAN NASAB ANAK TAK SAH TARAF DI MALAYSIA: ANALISIS PENAMAAN KEPADA BAPA BIOLOGI
[ARGUMENT METHODOLOGY AGAINST FATWA CONVICTION OF ILLEGITIMATE CHILDREN'S LINEAGE IN MALAYSIA: ANALYSIS OF THE NAME OF THE BIOLOGICAL FATHER]
Keywords:
Anak tak sah taraf, Bapa biologi, Fatwa, Metodologi, Pendalilan, Illegitimate child, Biological father, Fatwa, Methodology, EvidenceAbstract
ABSTRAK
Isu pensabitan nasab anak tak sah taraf atau akronimnya dikenali sebagai ATST sering diperdebatkan di Malaysia. Terdapat dua keputusan fatwa tentang pensabitan nasab ATST ini yang terdiri daripada pandangan majoriti dan pandangan minoriti. Pandangan pertama adalah Fatwa Kebangsaan yang merupakan pendapat jumhur dan disokong oleh beberapa negeri di Malaysia iaitu menasabkan ATST dengan nama Abdullah. Adapun pandangan kedua iaitu Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa harus menasabkan ATST kepada bapa biologinya. Sehubungan dengan itu, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat kembali penghujahan fatwa yang dibawa oleh negeri Perlis dari sudut metodologi pendalilannya terhadap fatwa pensabitan nasab ATST kepada bapa biologi. Ia penting untuk mengenal pasti metodologi pendalilan yang digunakan dalam pengeluaran fatwa tersebut dan mencari punca perselisihan dengan Fatwa Kebangsaan. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif dengan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasi reka bentuk kajian. Manakala kaedah pengumpulan dan analisis data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen. Hasil dapatan menunjukkan asas metodologi pendalilan terhadap fatwa pensabitan nasab ATST kepada bapa biologinya adalah berpaksikan kepada empat sumber asas daripada al-Sunnah iaitu, HR Bukhari (no: 2745) tentang kisah Sa’ad bin Abi Waqqas, HR Bukhari (no: 3252) daripada Amru bin Syu’aib, HR Abi Daud (no: 2272) daripada Zayd ibnu Arqam dan HR Bukhari (no: 6508) tentang kisah pertuduhan zina ke atas Juraij. Kesemua dalil ini disokong dan dihuraikan oleh ulama-ulama hadis tentang kesahan dalam pensabitan nasab ATST kepada bapa biologinya. Namun begitu, kajian ini mencadangkan agar pentarjihan fuqaha dilakukan dalam penilaian semula terhadap kesemua dalil yang menjadi asas kepada fatwa pensabitan nasab ATST kepada bapa biologi.
ABSTRACT
The issue of the conviction of the lineage of illegitimate children, abbreviated as ATST (Anak Tak Sah Taraf), is frequently debated in Malaysia. There are two fatwa decisions on the conviction of this ATST lineage: the majority view and the minority view. The first point of view is the National Fatwa, which is a popular opinion, and is supported by several Malaysian states, and which refers to ATST as Abdullah. In terms of the second point of view, the Perlis State Fatwa believes that ATST should be assigned to the biological father. In this regard, the purpose of this article is to look back at the fatwa argument presented by the state of Perlis from the standpoint of its evidence methodology against the ATST lineage conviction fatwa to the biological father. It is critical to identify the evidence methodology used in the fatwa’s issuance and the source of disagreement with the National Fatwa. The study’s philosophy is interpretive, as evidenced by the use of a qualitative approach in adapting the study design. Meanwhile, the document content analysis method is used in this study for data collection and analysis. The results of the findings show that the basis of the evidence methodology for the fatwa of the conviction of ATST’s lineage to the biological father is based on four basic sources from al-Sunnah, namely, HR Bukhari (no: 2745) about the story of Sa’ad bin Abi Waqqas, HR Bukhari (no: 3252) from Amru bin Syu’aib, HR Abi Daud (no: 2272) from Zayd ibn Arqam and HR Bukhari (no: 6508) about the story of the accusation of adultery against Juraij. All of these arguments are supported and explained by hadith scholars regarding the validity of the ATST lineage conviction to the biological father. Nonetheless, this study suggests that the jurists' conclusions be carried out in re-evaluating all of the evidences that form the basis of the ATST lineage conviction to the biological father.
References
Abd. Ghani, A. & Nuarrual Hilal, M. D. (2016). Kewajipan Menanggung Nafkah Anak Tak Sah Taraf: Satu Kajian Kes di Negeri Kedah. Journal of Legal Studies. Universiti Utara Malaysia (UUM).
Ahmad Husni, H., Anwar, A., Rizal, M., Hasnan, A. B., Mustaqim Roslan, M. (Interviewer). (2015 April 9). Interview with SS Dr. Harussani Zakaria (Mufti Negeri Perak). (Recorder). Pejabat Mufti, Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ahmad Husni, H., Anwar, A., Rizal, M., Hasnan, A. B., Mustaqim Roslan, M. (Interviewer). (2015 Oktober 12). Interview with SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Negeri Perlis). (Recorder). Pejabat Mufti, Negeri Perak Darul Ridzuan.
Al-Asthqalani, I. H. (1449). Fath al-Bari. Kaherah, Mesir.
Al-Nawawi, Z. Y. (1992). Rawdat al-Talibin. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyat, Beirut.
Al-Nawawi, Z. Y. (2009). Al-Majmu‘ Syarh al-Muhadhdhab: Bab Nikah dan Shadaq (Mas Kawin). (Al-Muthi’, M. N. Trans.). Pustaka Azzam.
Al-Qurtubi. (2014). Al-Jami‘ li Ahkam al-Quran. n.d. Dar al-Fikr, Beirut.
Bernama. (2017, Ogos 17). Abdullah Buka Aib, Galakkan Zina?. SS Dr. Asri Zainul Abidin. Sinar Harian.
Faisal Muhammad, N., Karamah., & Mursyid, R. (2021). Dalam Perspektif Tarekat Naqsyandiyah. Jurnal Pemikiran Islam. Vol. 1 No. 2. UIN Ar-Raniry Banda Aceh.
Fifin Dwi, N. (1988). Kedudukan Anak Hasil Proses Bayi Tabung dalam Pewarisan Menurut Hukum Islam. (Postgraduate Thesis). Universitas Airlangga.
Hans Wehr. (1980). A Dictionary of Modern Written Arabic. n.d. Library Du Liban, Beirut.
Ibnu Hamzah al-Damsyiqi. (1991). Asbab al-Wurud: Latar Belakang Historis Timbulnya Hadis-Hadis Rasulullah. (Wijaya & Z. Salim., Trans.). 1st ed. Kalam Mulia, Jakarta.
Ibnu Kathir, F. (2003). Tafsir Ibnu Kathir. (Ishaq, M. A., Trans.). 1st ed. Pustaka Imam Syafii.
Ibnu Muflih, A. M. (1921). Al-Furuq. 1st ed. Dar al-Mu’ayyad, Mu’assasat al-Risalat.
Ibnu Qayyim. (2006). Zad al-Ma’ad fi Hadi Khayr al-‘Ibad. n.d. Dar al-Kutub al-‘Ilmiat.
Ibnu Qayyim. (2013). I‘lam al-Muwaqqiin ‘An Rabb al-‘Alamin. Dar al-Kutub al-‘Ilmiat, Beirut.
Ibnu Qudamah. (1997). Al-Mughni. 1st ed. Dar al-Fikr.
Ibnu Taimiyyah. (2011). Al-Fatawa al-Kubra. Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.
Imanuddin. (2018). Sepintas Soal Penetapan Nasab Dalam Fikih Studi Penormaan Hukum Melalui Al-Qur’ān, Al-Sunnah, Wa Ijtihad. Jurnal: Manhaj al-‘Ilm Waqfi. Vol 1 No. 1. UIN Ar-Raniry Banda Aceh.
Khalil Ahmad, S. (2015). Badhlu al-Majhud. Dar al-Fikr, Beirut Lubnan.
Krippendorff. (2004)., & White. & Marsh. (2006). Content Analysis: a Flexible Methodology. 1st ed. Library Trend, University of Illinois at Urbana Champaign.
Kuwait. Al-Mawsu‘at al-Fiqhiyat al-Kuwaytiyat. (1983). Kementerian Waqaf Kuwait.
Lukman, A. M. & Azhan Yahya, M. (2016). Isu Penasaban Anak Luar Nikah Kepada Bapa Biologi Dari Sudut Pandang Siyasat Syar‘iyat di Malaysia. Journal Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference, November 22&23, 2016. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Lukman, A. M.,Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, S., Hashim, H., Mamat, Z., Yusof, N. (2021). Pengesahan Taraf Anak Mengikut Amalan Di Mahkamah Syariah Di Malaysia Dan Hubungannya Dengan Pandangan Mazhab Fikah Mu‘tabar. Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT-2021) FPQS. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
M. , M. R. (2024). Hifz al-Nafs dalam Maqasid Syariah: Analisis Teoritikal. Al-Takamul Al-Ma’rifi, 7(1), 8–19. Retrieved from:
http://jurnal.usas.edu.my/altakamul/index.php/altakmulfiles/article/view/210
Mohd Azhar, A. & Muhammad Lukman, I. (2014). Kedudukan Anak Tak Sah Taraf Dalam Sejarah Awal Islam. Jurnal KIAS. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
Mohd Mahyeddin, M. S., Nisar Mohammad, A. & Nur Mohammad Hadi, Z. (2018). Pengurusan dan Perlindungan Anak Tak Sah Taraf melalui “Baby Hatch”: Satu Penilaian daripada Perspektif Maqasid Syari‘at dan Undang-Undang Malaysia. Jurnal al-Majaalis. Sekolah Tinggi Dirasat Islamiyah Imam Syafi’i. Jawa Timur, Indonesia.
Muhammad Mustafa, K. (2019). Analisis Konflik di antara Keputusan Penghakiman Anak Tak Sah Taraf di Mahkamah Syariah Terengganu dengan Fatwa di Malaysia. (Postgraduate Thesis). Universiti Malaya (UM).
Muhammad Rida. (1898). Tafsir al-Manar. n.d. Al-Hay’at al-Misriyat al-‘Ammat, Mesir.
Muhammad. (2020). Telaah Kritis Terhadap Argumen Mayoritas Ulama Tentang Nasab Anak Zina. Jurnal Studi Keislaman. Vol. 14 No. 2. UIN Maulana Malik Ibrahim Malang.
Muslim, M. S. (2016). Varian-Varian Paradigma, Pendekatan, Metode, dan Jenis Penelitian dalam Ilmu Komunikasi. Wahana. Vol. 1 No. 10. Universitas Pakuan, Indonesia.
Mustaqim Roslan, M. (2023). Hifz al-Nafs dalam Fatwa Penamaan Nasab Anak Tak Sah Taraf di Malaysia: Analisis Kesan Psikologi dan Masalah Sosial. (Postgraduate Thesis). Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar – Perak Darul Ridzuan.
Mustaqim Roslan, M. & Nur Aishah, Z. (2024). Faktor-Faktor Kegagalan Penggunaan Buku Teks Yayasan Islam Kelantan (YIK) Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP): Satu Analisis Kajian Kes. (2024). International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies, 1(1), Volume 1 Sept 2024: 1-25. https://ejournal.usm.my/ijwcps/article/view/4794
Perlis. Peruntukan Subseksyen 48 (6), Enakmen Pentadbiran Agama Islam. (2006). Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIPS).
Roslan , M. M. (2024). Impak Penasaban Kepada Abdullah Terhadap Masalah Sosial Anak Tak Sah Taraf: The Impact Of Abdullah’s Lineage On Social Problems Among Illegitimate Children. KQT EJurnal, 4(1), 1–14. Retrieved from http://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/81
Zulkifli al-Bakri. (2003). Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Zulkifli, M., Engku Muhammad Tajuddin, E. A., Jamaluddin, H. & Asiah, B. (2018). Hukum Anak Luar Nikah Menjadi Imam Solat. Malaysian Journal for Islamic Studies (MJIS). Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).