GEJALA KEMURUNGAN AKIBAT PEMBUBARAN PERNIKAHAN SYUBHAH: ANALISIS KAJIAN KES
[DEPRESSION SYMPTOMS RESULTING FROM DOUBTFUL MARRIAGE DISSOLUTION: A CASE STUDY ANALYSIS]
Keywords:
Anak Tak Sah Taraf, Kemurungan, Nikah Syubhah, Pembubaran Perkahwinan, Pramatang., Illegitimate Child, Depression, Syubhah Marriage, Marriage Annulment, PrematureAbstract
ABSTRAK
Nikah syubhah merupakan perkahwinan yang diragui akan statusnya akibat daripada faktor-faktor tertentu. Hal ini berkait rapat dengan kes pasangan dua beradik yang telah dibubarkan perkahwinannya di Mahkamah Rendah Syariah Klang (MRSK), Selangor pada tahun 2022. Pembubaran perkahwinan tersebut adalah arahan daripada pegawai bertugas yang menguruskan hal ehwal pernikahan mereka tempoh hari, apabila dikenal pasti bahawa wali yang digunakan iaitu abang mereka telah diklarifikasikan sebagai anak tidak sah taraf (ATST). Dakwaan tersebut hanyalah dilihat daripada tarikh kelahiran abangnya dengan tarikh pernikahan kedua ibu bapa mereka yang kurang daripada tempoh enam bulan kelahiran, sedangkan abang mereka dilahirkan secara pramatang dan terpaksa dibesarkan dalam inkubator. Akibat tiada tabayyun yang terperinci, kedua-dua pasangan telah dibubarkan perkahwinan mereka dan telah mengakibatkan masalah kesihatan mental yang kritikal dihadapi mereka. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis gejala kemurungan akibat pembubaran perkahwinan dari nikah syubhah yang diragui ini. Kajian ini merupakan kajian interpretif dengan pendekatan kajian kes sebagai strategi kajian. Reka bentuk kualitatif telah diadaptasikan dalam kajian ini dengan gabungan kaedah analisis dokumen dan temubual separa berstruktur melibatkan empat orang mangsa keadaan. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data ini yang mana hasilnya dikategorikan mengikut kaedah tematik. Hasil dapatan menunjukkan terdapat 10 tanda atau simptom kemurungan yang dihadapi oleh kedua-dua pasangan akibat pembubaran perkahwinan dari nikah syubhah yang diragui iaitu, sukar menumpukan perhatian, sering marah, kesukaran tidur, hilang selera makan, kurang keyakinan diri, bersendirian, kurang bercakap, rendah diri, sering termenung dan hilang fokus. Kajian lanjut diperlukan untuk mengetahui kesan setelah pasangan ini mengalami masalah kemurungan.
ABSTRACT
Nikah syubhah is a marriage whose status is questioned due to certain factors. This is closely related to the case of two siblings whose marriage was annulled by the Klang Syariah Lower Court (MRSK) Selangor, in 2022. The annulment was directed by the officer in charge of their marriage affairs when it was identified that the guardian used, their brother, was classified as an illegitimate child (ATST). The claim was based solely on the fact that their brother's birth date was less than six months after their parents' marriage date, even though he was born prematurely and had to be raised in an incubator. Due to the lack of detailed verification, both siblings' marriage was annulled, resulting in severe mental health issues for them. Therefore, this study aims to analyze the symptoms of depression resulting from the annulment of this doubtful syubhah marriage. The philosophy behind this study is interpretive, with a case study approach as the research strategy. A qualitative design was adopted in this study, combining document analysis methods and semi-structured interviews involving four affected individuals. Once document data and interview data were obtained, document content analysis was used again in analyzing these data, with the results categorized thematically. The findings indicate that there are 10 signs or symptoms of depression experienced by both individuals due to the annulment of the doubtful syubhah marriage: difficulty concentrating, frequent anger, trouble sleeping, loss of appetite, low self-confidence, isolation, reduced speech, low self-esteem, frequent daydreaming, and loss of focus. Further research is needed to understand the effects after these individuals experience depression.
References
Ab Razak, H., Zainal Abidin, L., & Emam Sallam, A. M. S. (2022). Pendekatan psikoterapi islam dalam merawat kemurungan wanita muslimah. Jurnal Pengajian Islam, 15(1), 83–95.
Abd, A., Noraini Abdol Raop, & Mohd Sufiean Hassan. (2020). Peranan kesihatan mental sebagai moderator terhadap kecenderungan bunuh diri. Jurnal Sains Sosial, 5(1), 87–99. https://www.researchgate.net/publication/344440554_Peranan_Kesihatan_Mental_Sebagai_Moderator_Terhadap_Kecenderungan_Bunuh_Diri
Abd, A., Noraini Abdol Raop, & Mohd Sufiean Hassan. (2024). Peranan kesihatan mental sebagai moderator terhadap kecenderungan bunuh diri. Jurnal Sains Sosial, 5(1), 87–99.
Abdull Sukor Shaari. (2022). Kaedah penyelidikan pendidikan kuantitatif (UUM press). UUM Press.
Adam, S. (2012). Hubungan antara kematangan emosi dengan hubungan antara kematangan emosi dengan problem focused coping mahasiswa di ma’had putra sunan ampel al ali uin maliki malang. http://etheses.uin-malang.ac.id/2609/
Adler, A. (2018). APA dictionary of psychology. Dictionary.apa.org. https://dictionary.apa.org/inferiority-complex
Agus Sujanto, Halim Lubis, & Taufik Hadi. (1999). Psikologi kepribadian. Bumi Aksara.
Agustin, R. (2004). Hubungan antara manajemen amarah dengan perilaku agresi.
Amirah, N. (2018). Bullying dengan rendah diri pada siswa kelas XI SMA negeri 5 palembang.
Andreae, C., Strömberg, A., & Arestedt, K. (2013). Caring for appetite among patients with chronic heart failure – the extent of appetite and associated factors in outpatient clinic settings. EuroHeartCare .
Asmuni, F. (2020, December 21). Akad Nikah Perlu Dilakukan Dengan Teliti. ISMA. https://isma.org.my/akad-nikah-perlu-dilakukan-dengan-teliti/
Ayuningsih, I. L. (2017). Penerapan rendam air hangat pada kaki terhadap kualitas tidur ny. R dengan insomnia di RT 13 RW V kelurahan. program studi keperawatan.
Azzahara, N. F., & Dhanny, D. R. (2021). Hubungan Psikososial dan Status Gizi pada Remaja Wanita dengan Anoreksia Nervosa. Muhammadiyah Journal of Midwifery, 2(1), 1. https://doi.org/10.24853/myjm.2.1.1-9
Bilali, A., Anagnosti, F., Stamati, P., & Gatanas, K. (2024). “Brain fog” as A symptom of the “long-covid” syndrome, its impact on the mental health of those affected by COVID-19 and its treatment. Applied Psychology Research, 3(1).
Che Ahmad, A., Ghani, M. Z., Omar, S., & Md Isa, Z. (2010). Kanak-kanak bermasalah tingkah laku. Pendidikan Khas, 10(2).
https://www.researchgate.net/publication/291997651_Kanak-kanak_Bermasalah_Tingkahlaku
Cristy Pane, M. D. (2020, November 2). Penyebab sering merenung dan cara mengatasinya. Alodokter.
https://www.alodokter.com/penyebab-sering-merenung-dan-cara-mengatasinya
Daradjat, Z. (1979). Kesehatan mental (12th ed.). PT Gunung Agung, Jakarta.
Deraman, A. Aziz. (2000). Aspek kebudayaan dan perpaduan kaum: Relevannya denganIPTA. Kolej Cempaka Kenanga Universiti Teknologi Mara.
Falah, N. (2020). Perbandingan prestasi belajar siswa yang memiliki tipe kepribadian introvert dengan siswa yang memiliki tipe kepribadian ekstrovert di min 2 lombok barat tahun pelajaran 2019/2020.
Farhana. (2011, September 18). Kemurungan (dewasa). Portal MyHEALTH. http://myhealth.moh.gov.my/kemurungan-dewasa/
Fu’ady, M. A. (2011). Dinamika psikologis kekerasan seksual. Psikoislamika : Jurnal Psikologi Dan Psikologi Islam, 8(2). https://doi.org/10.18860/psi.v0i0.1553
Ghazali Bin Darusalam, & Sufean Hussin. (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan : Amalan dan analisis kajian. Penerbit Universiti Malaya.
Ghufron, M. N., & Risnawitaq, R. (2017). Teori-Teori psikologi (R. Kusumaningratri, Ed.; Vol. II, pp. 1–197). Ar-Ruzz Media.
Hafidzin, S. N. (2019, May 23). Anak kurang bercakap. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/hati/2019/05/458519/anak-kurang-bercakap
Hassan, M. F. (2018). Kesan penggunaan aplikasi realiti augmentasi pembelajaran sains tahun empat terhadap pencapaian akademik, pemahaman dan tumpuan murid lembam sekolah rendah.
Hayati, R., & Indra, S. (2018). Hubungan marah dengan perilaku agresif pada remaja. Jurnal Bimbingan Konseling, 4(1), 67–74. https://www.researchgate.net/publication/337488025_Hubungan_Marah_Dengan_Perilaku_Agresif_Pada_Remaja
Ismail, R. F., Abd. Rashid, R., Ishak, Z., & Wahab, H. (2018). Wanita dan kemurungan dari perspektif jurang gender: Simptom dan faktor. Malaysian Journal of Social Administration, 19(1), 78–100.
Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang. (2023). Bidang kuasa wali dalam pernikahan. Jksnpp.penang.gov.my. https://jksnpp.penang.gov.my/index.php/en/media-menu/court-publication?view=article&id=88:bidang-kuasa-wali-dalam-pernikahan&catid=18:penerbitan-mahkamah
Jamilah , I. (2012). Hubungan tipe kepribadian dengan strategi.
Kamarul Bahrin, F., & Ek Klai , M. (2020). Kesedaran tentang masalah kemurungan dalam kalangan guru geografia. Malaysian Journal of Society and Space, 16(4).
Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, K. D. (2017). Carian umum. Prpm.dbp.gov.my. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kamus+dewan&d=175768&
Khundriatussholikhah, A. (2018). Pengaruh interaksi teman sebaya dan keyakinan diri terhadap hasil perilaku psikomotorik siswa dalam pelajaran fiqih kelas VII MTS sunan ampel jetis,jatirejo,mojokerto.
Kirin, A., Muhammed, W., Hamidi, A., & Muhammad Deni Putra. (2023). Pengaruh media sosial terhadap insomnia dalam kalangan pelajar UTHM Pagoh. Journal of Social Sciences & Humanities, 20(3), 116–127. https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2003.10
Lerner, J. S., & Keltner, D. (2001). Fear, anger, and risk. Journal of Personality and Social Psychology, 81(1), 146–159. https://doi.org/10.1037/0022-3514.81.1.146
M., M. R., & N., N. F. (2025). Kesan Positif Selepas Perceraian: Analisis Kualitatif Kesedaran Hak dalam Kalangan Isteri yang Telah Bercerai/ Positive Impact After Divorce: A Qualitative Analysis of Rights Awareness Among Divorced Wives. UMRAN – Journal of Islamic and Civilizational Studies, 12(1), 61-74. https://doi.org/10.11113/umran2025.12n1.725
Md Dai, F. (2011, September 18). Gangguan tidur. Portal MyHealth. http://www.myhealth.gov.my/gangguan-tidur/
Mohamed Aimanan, S. N., Zainul Rijal, F. A., Panting, A. J., Amirudin, N., Kassim, R., Kaundan, M. K., & Ithnain, N. (2021). Tahap kemurungan dalam kalangan jururawat di fasiliti kesihatan kuala lumpur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 40–49. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i12.1209
Mohd Salleh, N. S. (2006). Teori kemurungan al-Kindi (m.873) : Kajian dan terjemahan risalah al-Hilah li daf’i al-Ahzan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Hussain Habil, & Ahmad Hatim Sulaiman. (2006). Kemurungan. Universiti Malaya.
Muda, K. (2021). Persepsi mahasiswa tahun satu USIM terhadap pembelajaran di rumah ketika pandemik COVID-19. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontempori, 22(2), 119–128.
Muslim. (2016). Varian-Varian paradigma, pendekatan, metode, dan jenis penelitian dalam ilmu komunikasi. Jurnal Wahana, 1(10).
Mustaqim Roslan, M. & Nurul Farzana, B. (2025). Lambakan Permohonan Menggunakan Wali Hakim dalam Urusan Perkahwinan dan Cabarannya kepada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Kangsar (MRSKK). (2025). International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies, 2(2). https://ejournal.usm.my/ijwcps/article/view/4909
MyHealth, P. (2011, September 18). Gangguan tidur. Portal MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/gangguan-tidur/#:~:text=Gangguan%20tidur%20merujuk%20kepada%20gangguan
Nachiappan, S. (2009). Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Oxford Fajar .
Nadira, D., & Yeni Karneli. (2019). Rational emotive behavior therapy untuk mengatasi rendah diri siswa. Jurnal Pendidikan Dan Keislaman, 2(2), 269–275. https://doi.org/10.30821/alfatih.v2i2.47
Nasbah, N. N. (2021). kabut otak akibat COVID-19 . Berita Harian. https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2021/09/862846/kabut-otak-akibat-covid-19
Nurfadhillah, S., Nurlaili, D. A., Syapitri, G. H., Shansabilah, L., & Hernawati Dewi, N. H. (2021). Attention deficit hyperactive disorder (ADHD) pada siswa kelas 3 di SD negeri larangan 1. Jurnal Pendidikan Dan Ilmu Sosial, 3(2), 453–462.
Prasetyo, G. A. (2022). Perancangan buku ilustrasi pengenalan gangguan maladaptive daydreaming bagi dewasa awal.
Ritchie, J., & Lewis, J. (2003). Qualitative research practice: a guide for social science students and researchers. Sage.
Roslan, M. (2022). Masalah kemurungan terhadap penamaan nasab anak tak sah taraf kepada abdullah: Analisis fatwa kebangsaan. Firdaus Journal, 2(2), 31–42. https://www.researchgate.net/publication/375496275_Masalah_kemurungan_terhadap_Penamaan_Nasab_Anak_Tak_Sah_Taraf_kepada_Abdullah_Analisis_Fatwa_Kebangsaan?_tp=eyJjb250ZXh0Ijp7ImZpcnN0UGFnZSI6InByb2ZpbGUiLCJwYWdlIjoicHJvZmlsZSJ9fQ
Roslan, M. M. (2024). Metodologi Pendalilan Terhadap Fatwa Pensabitan Nasab Anak Tak Sah Taraf Di Malaysia: Analisis Penamaan Kepada Bapa Biologi: [Argument Methodology Against Fatwa Conviction Of Illegitimate Children’s Lineage In Malaysia: Analysis Of The Name Of The Biological Father]. KQT EJurnal, 4(2), 1–19. Retrieved from http://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/90
Roslan, M. (2023). Kesan psikologi terhadap penamaan anak tak sah taraf kepada abdullah: Analisi fatwa kebangsaan. Joural Fatwa Managment and Research, 28(3), 1–16.
Rubio, F. (2007). Self-Esteem and foreign language learning. University of Heulva: Cambridge Scholars.
Sarah, S. (2023). Penentuan nasab anak hasil wathi’ syubhat menurut mazhab hanafi (analisis metode istinbat) (pp. 1–55).
Sarastika, & Pradipta. (2014). Buku pintar tampil percaya diri. Araska.
Suatan, M., & Koh, D. (2022). Tahap kualiti tidur murid sekolah rendah ketika pandemik covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), e001475–e001475. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1475
Sulistyorini, W., & Sabarisman, M. (2017). Depresi : Suatu tinjauan psikologis. Sosio Informasi, 3(2), 153–164.
Summer, J. (2021, April 30). Maladaptive daydreaming: Symptoms and diagnosis │ sleep foundation. Sleep Foundation. https://www.sleepfoundation.org/mental-health/maladaptive-daydreaming
Susanti, R., Desma Husni, & Eka Fitriyani. (2015). Perasaan terluka membuat marah. Jurnal Psikologi, 10(2), 103–109. https://doi.org/10.24014/jp.v10i2.1188
Tadjuddin Syabri, N. (2016). Kognitif (3rd ed.). Harakindo Publishing.
Tanzizi, N. H. (2024, March 11). Sering rasa rendah diri. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1068939/sering-rasa-rendah-diri
Ulfiana, N. (2018). Hubungan penggunaan media sosial dengan kejadian insomnia pada mahasiswa jurusan keperawatan.
Vivin Ariyanti, & Budi Purwoko. (2023). Faktor – faktor yang memengaruhi self-esteem remaja: Literature review. Teraputik, 6(3), 362–368. https://doi.org/10.26539/teraputik.631389
Wan Ismail, W. A. F., Hashim, H., Abdul Shukor, S., & Harun, A. (2018). Faraq Perkahwinan bagi Pasangan Tak Sah Taraf di Negeri Sembilan. International Journal of Islamic Thought, 13(1). https://doi.org/10.24035/ijit.06.2018.012
Yahaya, A., & Soo Yin, T. (2007). Kesihatan mental (p. 253). UTM Press.
Yahya, N. A., & Md. Sham, F. (2020). Sejarah dan simptom kemurungan : Kajian literatur. Sains Insani, 5(1), 34–42. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.130
Ye xin , Y. (2021). Punca-Punca menyebabkan remaja mengalami masalah kemurungan dan langkah mengatasinyanya.
Zaini, M. I. H., & Selamat, M. N. (2023). Hubungan antara personaliti dan insomnia dalam kalangan pelajar prasiswazah universiti kebangsaan malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 7(2), 1–10. https://journalarticle.ukm.my/22288/
Zaydan, A. A.-K. (1997). Al-Mufassal fi-Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim: Fi al-Shari`ah al-Islamiyyah. Mu’assasah al-Risalah.
Zulkifli, B. (2023, October 13). #3483: Lahir tidak cukup bulan adakah boleh menjadi wali? Maktabah al Bakri. https://maktabahalbakri.com/3483-lahir-tidak-cukup-bulan-adakah-boleh-menjadi-wali/
Zulkiplia, S. N., Suliaman, I., Zainal Abidin, M. S., Anas, N., Che Ahmat, A., & Mohamad, M. A. (2023). Kemurungan remaja dan kaedah menanganinya menurut perspektif islam. Islam Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance, 5(2), 85–98.