KEUNIKAN SENI HIAS MANUSKRIP MUSHAF EMAS TERENGGANU DARI SUDUT TEKNIKAL : KAJIAN MANUSKRIP MUZIUM NEGERI TERENGGANU LMNT.E.21.14.UI 2
[THE UNIQUENESS OF THE ORNAMENTAL ARTS OF THE TERENGGANU EMAS MUSHAF MANUSCRIPT FROM A TECHNICAL POINT OF VIEW : A STUDY OF THE TERENGGANU STATE MUSEUM MANUSCRIPT LMNT.E.21.14.UI 2]
Keywords:
Seni Hias, Mushaf, Mushaf Al-Quran Emas Terengganu, Ragam Hias, Iluminasi, Seni Tampak, Tahzib, Penerapan Emas, Decorative Arts, Mushaf, Terengganu Golden Qur'anic Scripture, Decoration, Illumination, Visual Arts, Tahzib, Application Of Gold.Abstract
Seni hias di dalam mushaf al-Quran emas Terengganu merupakan salah satu seni yang pupus di telan zaman. Keunikan dan ketinggian nilai seni yang telah wujud pada zaman terdahulu melalui bibliografi atau sejarah sejak zaman penghasilan al-Quran berabad yang lalu telah menjadi sebahagian daripada khazanah warisan negara yang tidak ternilai harganya. Mushaf al-Quran emas Terengganu LMNT.E.21.14.UI 2 merupakan salah sebuah mushaf al-Quran buatan tangan koleksi Muzium Negeri Terengganu dan merupakan subjek tumpuan kajian kali ini. Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan termasuk dalam meneliti keunikan kulit mushaf, hiasan penuh (iluminasi penuh) helaian permulaan, pertengahan dan pengakhiran, hubungkait motif dengan seni ukiran dan peringkat penyalinan mushaf al-Quran emas Terengganu. Melalui rakaman seni yang telah diwariskan ini, pengkaji dapati bahawa masih tidak banyak kajian teknikal dilakukan terhadap seni hias yang terdapat di dalam manuskrip. Oleh itu, kajian ini berusaha mencapai beberapa objektif utama, iaitu i) Menelusuri keunikan seni hias yang terkandung di dalam mushaf al-Quran emas Terengganu (LMNT E.21.14.UI 2) koleksi Muzium Negeri Terengganu yang diklasifikasikan sebagai antara mushaf yang tercantik di Asia Tenggara, ii) Mengenal pasti keunikan seni hias (motif) dan iii) Menganalisa keunikan seni hias (pewarnaan) dan keempat, mengenal pasti keunikan seni Kaligrafi. Kajian dijalankan secara teknikal iaitu melalui penelitian ke atas mushaf, rujukan buku, perbincangan pakar dan dengan menggunakan peralatan tertentu. Kajian ini juga dikaitkan dengan pengalaman penulis dalam membangunkan semula Ummul Mushaf al-Quran Emas Terengganu semasa Pameran Iluminasi dan Warkah Emas DiRaja Terengganu yang berlangsung selama sebulan di Muzium Negeri Terengganu. Penulis juga berpengalaman dalam membangunkan replika Ummul mushaf al-Quran emas Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu sempena mengangkat mushaf al-Quran Terengganu selaku warisan kebangsaan. Melalui pameran pembangunan manuskrip yang telah diadakan serta hasil kajian mushaf ini semoga dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat Terengganu secara khusus dan Malaysia secara amnya berkenaan kegemilangan mushaf al-Quran emas Terengganu.
The decorative art in Terengganu's golden al-Quran is one of the arts lost in time. The art’s exclusivity and remarkable value dating back through bibliographies or the history of al-Quran’s production centuries ago has become a part of the nation’s invaluable treasures. Terengganu’s golden al-Quran LMNT.E.21.14.UI 2 is one of the hand-made scripture in the collection of Terengganu State Museum and is the focus of this study. Several studies were carried out including examining the uniqueness of the mushaf cover, the full decoration (full illumination) of the beginning, middle and end pages, the connection of motifs with the engraving art, and the process of copying of the Terengganu’s golden scripture. Through the records of this artistic heritage, the researcher found that there is still insufficient technical research done on the decorative art found in the manuscript. Therefore, this study seeks to achieve several main objectives, namely i) Exploring the uniqueness of the decorative arts contained in the Terengganu’s golden al-Quran (LMNT E.21.14.UI 2) in the collection of the Terengganu State Museum which is classified as one of the most beautiful scriptures in Southeast Asia, ii) Identifying the uniqueness of its decorative arts (motifs) and iii) Analyzing the uniqueness of the decorative arts (coloring) and fourth, identifying the uniqueness of its Calligraphy. The study is carried out technically, through research on manuscripts, book references, discussions with experts and by using certain equipments. This study is also linked to the writer's experience in rebuilding the Terengganu’s Golden al-Quran, Ummul Mushaf during the Terengganu Royal Illumination and Gold Scroll Exhibition that lasted for a month at the Terengganu State Museum. The author is also experienced in developing a replica of Terengganu's golden Ummul al-Quran manuscript at the University of Malaysia Terengganu in conjunction with raising the Terengganu al-Quran scripture as a national heritage. Through exhibition of the manuscript development that has been held as well as the results of this study, it is hoped to raise awareness in Terengganu particularly and in Malaysia in general regarding the glory of the Terengganu golden al-Quran mushaf.
References
DzulHaimi. (2007). Ragam Hias Al-Quran Di Alam Melayu : Perpustakaan Negara Malaysia.
Ettinghausen, R. dalam kertas kerjanya bertajuk “Originality and Conformity in Islamic Art”
dlm. Individualism and Conformity in Classical Islam: Fifth Girgio Levi Della Vida BiennalConference, May 23-25, 1975, Gustave E. Von GrunebaumCenter for NearEastern Studies, University of California, Los Angeles. Banani A. Dan Vryonis S., Jr (ed.) (Wiesbaden, 1977); hlm. 109.
Hasnira Hassan et al. (2013, November 26-27). Naskhah al-Quran Kilau ‘Gaya Terengganu’
Sebagai Kesenian Teokratik. Seminar Antarabangsa ke-2 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu. Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hasnira Hassan et al. (2014). Kesenian Manuskrip al-Quran Kilau dari Kesultanan
Terengganu, Disertasi sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Islamic Manuscript Art of the Southeast Asia. Crescent Moon: Islamic Art & Civilization in
Southeast Asia. Ed. Bennet, James. Adelaide: Art Gallery of South Australia, 2005c. 158-183.
Muzium Negeri. https://mbkt.terengganu.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/muzium-
Negeri
Riswadi Azmi. (2020). Manuskrip al-Quran Emas Warisan Kesultanan Terengganu :
Universiti Malaysia Terengganu.
Ros Mahwati Ahmad Zakaria. (2015). Penjilidan Kulit Manuskrip al-Quran Pantai Timur
Sebelum Abad ke-20 Masihi: Kepandaian dan Harta Intelektual Tempatan. Tesis kedoktoran, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Zahamri Nizar. Senikini. Seni Iluminasi. Reka bentuk Geometri dalam Ragam hias al-Quran
Terengganu abad ke-19 : Kajian Manuskrip LMNT 2002.1 : Balai Seni Visual Negara
(BSVN).