Pendekatan Tafsir Al-Ilmi Hamka Terhadap Ayat-Ayat Al-Kawniyyah (Embriologi)

Al-Ilmi Hamka's Interpretation Approach To Al-Kawniyyah Verses (Embriology)

Authors

  • WAN HELMY SHAHRIMAN WAN AHMAD Akademi Pengajian Kontemporari Islam (ACIS)UiTM Terengganu
  • AZARUDIN AWANG Akademi Pengajian Kontemporari Islam (ACIS)UiTM Terengganu

Keywords:

Al-Quran, Tafsir al-ilmi, HAMKA, Embriologi

Abstract

The science of embryology, which studies the unique human development in the womb, dates to the Greek era, which is regarded a pioneer, and is followed by Islam and then modern times by western scientists with the invention of various reproductive technologies. The Qur'an, as a tremendous miracle, has become a vital help in increasing the study and analysis of modern science in the growth of Islamic knowledge. The drive for scholars and mufassirin to parse and analyse revelation's material, particularly those connected to the science of embryology, comes from revelation's instruction. HAMKA's Tafsir al-Azhar is one of the Alam Melayu tafsirs that demonstrates the depth of knowledge that almost encompasses and covers all branches of science. In this tafsir, HAMKA gives close attention to Qur'anic texts about al-kawniyyah, or natural development, as a means of strengthening faith. He used the al-ilmiyyah interpretive pattern to understand the passages of al-kawniyyah (scientific interpretation). Although there are advantages and disadvantages to the tafsir al-ilmiy pattern, it is the primary medium for Islamic scholars to analyse the verses of al-kawniyyah based on modern theories and scientific findings. This research attempts to explore and discuss HAMKA's opinions on the Quran's embryological development verses in his tafsir book. The author attempts to collect, assemble, evaluate, and analyse HAMKA's interpretations of Qur'an verses relevant to embryology to provide a brief outline of HAMKA's methodology of interpretation based on the tafsir al-ilmiy pattern. The findings of the study demonstrate that HAMKA has interpreted several passages linked to embryology science based on scientific facts from modern-day observations and researchers. This demonstrates HAMKA's capacity and commitment to immersing and adapting to the present thinking environment to vary his interpretation approach, which includes highlighting new scientific findings in the book Tafsir al-Azhar.

 

Perkembangan manusia yang unik di alam rahim yang dikenali sebagai ilmu embriologi merupakan suatu kajian bermula dari zaman Greek yang dianggap sebagai perintis dan diikuti oleh Islam dan seterusya zaman mutakhir oleh saintis barat dangan penghasilan pelbagai kaedah teknologi pembiakan. Namun dalam perkembangan ilmu Islam, al-Quran sebagai mukjizat agung menjadi sandaran penting dalam memperkukuh pengkajian dan penganalisaan sains moden. Panduan wahyu menjadi dorongan kepada kelahiran para ilmuan dan mufassirīn dalam menghurai dan menganalisa maklumat wahyu khususnya yang berkaitan dengan ilmu embriologi. Tafsir al-Azhar karangan HAMKA merupakan salah satu tafsir Alam Melayu yang memperlihatkan keluasan ilmu pengetahuan yang hampir mencakupi dan meliputi semua disiplin ilmu pengetahuan. Dalam tafsir ini, HAMKA cukup memberi perhatian kepada ayat-ayat al-quran yang berkaitan dengan al-kawniyyah atau perkembangan alam tabii sebagai cara menguatkan akidah. Pendekatan yang diterapkan beliau dalam mentafsir ayat-ayat al-kawniyyah adalah melalui corak pentafsiran al-ilmi (tafsir saintifik). Walaupun terdapat pro dan kontra terhadap corak tafsir al-ilmi, namun corak ini merupakan medium utama  ulama-ulama Islam untuk membahaskan tentang ayat-ayat al-kawniyyah  berpandukan teori-teori dan penemuan-penemuan sains yang terhasil pada zaman kini. Penulisan ini cuba meneliti dan menganalisis pandangan HAMKA dalam kitab tafsirnya berkaitan ayat-ayat perkembangan embriologi dalam al-Quran. Penulis cuba mengumpul, menyusun, menganalisis dan mengolah tafsiran-tafsiran yang dilakukan HAMKA terhadap ayat-ayat al-Quran yang berkaitan embriologi untuk memperlihat gambaran ringkas metodologi pentafsiran HAMKA berdasarkan corak tafsir al-ilmi.  Hasil dari penelitian menunjukkan bahawa terdapat banyak ayat - ayat yang berkaitan  dengan ilmu embriologi telah ditafsirkan oleh HAMKA berdasarkan fakta-fakta saintifik hasil pemerhatian dan penyelidik zaman moden. Perkara ini membuktikan kemampuan dan kesungguhan HAMKA dalam menyelami dan menyesuaikan suasana pemikiran semasa dengan usaha mempelbagaikan metodologi tafsiran beliau termasuk mengetengahkan fakta-fakta saintifik moden  dalam kitab Tafsir al-Azhar.

References

Abd al-Ḥalim Kamil. (1984). Wa Fi Anfusikum Afala Tubsiru. Riyad.Dar al-Marikh.

al-Maraghi, Muhammad Mustafa. (t.t). Tafsir al-Maraghi. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

Al-Qāsimī. Muḥammad Jamāl al-Dīn. (1951). Tafsir al-Qasimi. Tahqiq Muḥammad Bahjah al-Baitar. Dar lhya’ al-Kutub al-‘Arabi .

al-Ṭabari, Abū Ja’far Muḥammad b. Jarir. (1968). Jamiʿ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an. Mesir. Mustafa al-Bab al-Halabi wa Awladuh.

al-Zarkasyi. Badr al-Din Muḥammad bin ‘Abdullah. (1972). al-Burhan Fi ‘Ulum al-Qur’an. Mesir: ‘Isa al-Bab al-Halabi wa Syurakah.

Considine, D.M Glenn, P.E. & Considine, D. (1983). Van Nostrand's Scientific Encyclopedia. NewYork: Van Nostrand Reinhold Co.

HAMKA, Abdul Malik Karim Amrullah. (2012). Tafsir al-Azhar. Singapura. Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Ibn Kathir. Abi al-Fida’ Isma’il. (1992). Tafsir al-Qur’an al-‘Azim. Beirut: Dar al-Fikr.

Mashitah Bt. Ibrahim. (2000). Metodologi Hamka Di Dalam Tafsir al-Azhar. Kuala Terengganu. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.

Mazlan Ibrahim. (2002). Sejarah & Pandangan Ulama Tafsir Mengenai Tafsir Ilmiy. Shah Alam. Karisma Publications Sdn.Bhd.

Moore, K.L. (1994). Perkembangan Manusia Embriologi Berorientasi Klinikal. Terj. Dahlina Daut Mohmud. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad ‘Ali al-Bar. (1984). Khalq al-Insan Baina al-Ṭibb wa al- al-Qur’an. Jeddah. al-Dar al-Sa’udiyyah.

Nor Azizah. (2009). Kecermelangan Tamadun Islam Dalam Bidang Sains embriologi: Pencapaian Umat Islam Dan Kemajuan Barat. Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun Islam. Anjuran UiTM perak.

Sulaiman Nordin. (1993). Sains, Falasafah dan Islam. Bangi. Pusat Pengajian UmumUniversiti Kebangsaan Malaysia.

Yunan Yusof. (1990). Corak Pemikiran Kalam Tafsir al-Azhar: Sebuah Telaah Tentang Pemikiran Dalam Teologi Islam. Jakarta. Penerbit Pustaka Panjimas.

Zawawi Ahmad. (1995). Mukjizat al-Quran Menurut Perspektif Sains. Kertas Kerja Diskusi Ilmiah. Anjuran Fakulti Pengajian Islam UKM.

Downloads

Published

2022-06-01

How to Cite

WAN AHMAD, W. H. S. ., & AWANG, A. . (2022). Pendekatan Tafsir Al-Ilmi Hamka Terhadap Ayat-Ayat Al-Kawniyyah (Embriologi) : Al-Ilmi Hamka’s Interpretation Approach To Al-Kawniyyah Verses (Embriology). KQT EJurnal, 2(1), 43–52. Retrieved from https://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/50

Issue

Section

Articles