PERBANDINGAN PENGARUH SOKONGAN SOSIAL DAN MOTIVASI DIRI TERHADAP AMALAN MEMBACA AL-QURAN DALAM KALANGAN OKU PENGLIHATAN DI KAWASAN PEDALAMAN NEGERI KEDAH

COMPARISON OF THE INFLUENCE OF SOCIAL SUPPORT AND SELF-MOTIVATION ON THE PRACTICE OF READING THE QURAN AMONG THE VISUALLY IMPAIRED IN THE STATE OF KEDAH

Authors

  • RAIHAN AHMAD Universiti Islam Selangor
  • ABU ZAKI ISMAIL Universiti Islam Selangor

Keywords:

OKU Penglihatan, Pengaruh, Sokongan Sosial, Motivasi Diri, Amalan Membaca Al-Quran, Kawasan Pedalaman, Visual Impairment, Influence, Social Support, Self-Motivation, Quran Recitation, Rural Areas

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan menilai dan membandingkan pengaruh sokongan sosial dan motivasi diri terhadap amalan membaca al-Quran dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dewasa di kawasan pedalaman negeri Kedah. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan kuantitatif dengan instrumen soal selidik yang dibangunkan berdasarkan tiga konstruk utama iaitu sokongan sosial, motivasi diri dan amalan membaca al-Quran. Seramai 18 orang responden dipilih melalui persampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, korelasi Spearman dan regresi linear berganda. Hasil analisis menunjukkan bahawa hanya sokongan sosial mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan amalan membaca al-Quran (rₛ = 0.404, p = 0.048) manakala motivasi diri tidak signifikan. Walaupun model regresi tidak mencapai tahap signifikan (p > 0.05) namun nilai saiz kesan (Cohen’s f² = 0.269) menunjukkan kekuatan model pada tahap sederhana ke arah besar. Dapatan kajian ini menekankan kepentingan elemen persekitaran seperti sokongan sosial daripada keluarga, komuniti dan institusi agama dalam menyokong penglibatan berterusan OKU penglihatan dalam amalan keagamaan. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan intervensi yang bersifat komuniti dan berstruktur diberikan keutamaan dalam pelaksanaan program pendidikan Islam yang inklusif di kawasan pedalaman atau luar bandar.

 

ABSTRACT

This study aims to evaluate and compare the influence of social support and self-motivation on the practice of Quran recitation among visually impaired adults in the rural areas of Kedah. A quantitative survey design was employed using a questionnaire instrument developed based on three main constructs which are social support, self-motivation, and Quran recitation practices. A total of 18 respondents were selected through purposive sampling. Data were analysed using descriptive statistics, Spearman’s correlation, and multiple linear regression. The analysis revealed that only social support had a significant positive relationship with Quran recitation (rₛ = 0.404, p = 0.048), while self-motivation was not statistically significant. Although the regression model did not reach statistical significance (p > 0.05), the effect size (Cohen’s f² = 0.269) indicates that the model has a moderate-to-large practical strength. The findings highlight the importance of environmental factors such as social support from family, community, and religious institutions in sustaining the religious engagement of visually impaired individuals. The study recommends that structured, community-based intervention approaches be prioritised in the implementation of inclusive Islamic education programmes in rural areas.

References

Abd Razak, R., & Awang, N. W. (2022). Kajian hubungkait antara amalan dan kesedaran pembacaan al-Quran dalam kalangan pelajar semester akhir Politeknik Muadzam Shah. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 7(46), 527–536.

Ali Hasan, A. R., Mohd Patel, I. F., & Abd Ghani, A. R. (2017). Faktor motivasi dalam amalan pembelajaran hafazan al-Quran. Perspektif: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9(1), 13–20. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1762

Azizah, N. F. (2023). Motivasi belajar al-Quran usia dewasa akhir (Studi kasus Lembaga Pendidikan al-Quran Masjid Syuhada Kotabaru, Kec. Gondokusuman, Kota Yogyakarta) [Tesis kedoktoran, Universitas Muhammadiyah Yogyakarta].

Bronfenbrenner, U. (1979). The Ecology of Human Development: Experiments by Nature and Design. Harvard University Press.

Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for The Behavioral Sciences (2nd ed.). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Cohen, S., & Wills, T. A. (1985). Stress, Social Support, and the Buffering Hypothesis. Psychological Bulletin, 98(2), 310–357.

Cutrona, C. E., & Russell, D. W. (1990). Type of Social Support and Specific Stress: Toward a Theory of Optimal Matching. In B. R. Sarason, I. G. Sarason, & G. R. Pierce (Eds.), Social Support: An Interactional View (pp. 319–366). John Wiley & Sons.

Deci, E. L., & Ryan, R. M. (1985). Intrinsic Motivation and Self-Determination in Human Behavior. Springer.

Deci, E. L., & Ryan, R. M. (2017). Self-Determination Theory: Basic Psychological Needs in Motivation, Development, and Wellness. Guilford Press. https://doi.org/10.1521/978.14625/28806

Firmansyah, D. (2024). Hubungan dukungan sosial dengan motivasi menghafal Al-Quran pada santri Pondok Tahfizh Quran Hisbah Al-Mizan Pontianak [Undergraduate thesis, IAIN Pontianak]. https://digilib.iainptk.ac.id/xmlui/handle/123456789/4727

Hajarul Bahti Zakaria, Ab. Halim Tamuri, Norshidah Mohd Salleh, & Mohd Huzairi Awang@Husain. (2017). Persekitaran pembelajaran tilawah al-Quran murid masalah penglihatan di Malaysia. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/129

Jaafar, N., & Aziz, N. A. A. (2018). Faktor penguasaan pembelajaran al-Quran orang kelainan upaya masalah penglihatan: Kajian di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Pulau Pinang. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 4(2), 12–23.

Lahmi, A., Rasyid, A., & Jummadillah, J. (2020). Analisis upaya, faktor pendukung dan penghambat pembelajaran al-Quran dan Hadis di Madrasah Tsanawiyah Kota Padang, Sumatra Barat, Indonesia. DAYAH: Journal of Islamic Education, 3(2), 213.

Mohd Azmi, M. H. A., Ahmad, A. D., Zakaria, S. N. A., & Wan Abu Bakar, W. H. R. (2025). Faktor-faktor kekurangan kelas pengajian al-Quran Braille di Malaysia: Tinjauan dan analisis [Factors contributing to the limited availability of braille Quran learning classes in Malaysia: A survey and analysis]. Ulum Islamiyyah, 37(02), 14–19. https://doi.org/10.33102/uij.vol37no02.610

Mohd Norhisham Pauzi, Suzielahyati Yahya, & Anuar Ralib. (2020). Faktor yang mempengaruhi motivasi komuniti setempat untuk mempelajari ilmu al-Quran di institusi pengajian al-Quran. Seminar Penyelidikan & Pendidikan 2015 Peringkat Kebangsaan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. https://www.researchgate.net/publication/347422011faktor_yang_mempengaruhi_ motivasi_komuniti_setempat_untuk_mempelajari_ilmu_al-quran_di_institusi_ pengajian_al-quran

Mustamin, M., & Martini, M. (2025). Hubungan motivasi belajar dengan hasil belajar mata pelajaran Akidah Akhlak peserta didik kelas VII di SMPIT Duruusul Qur'an Islamic School Kota Makassar. Mujaddid: Jurnal Penelitian dan Pengkajian Islam, 2(2), 1001– 1019.

Najah, A. N., & Hasan, Z. A. (2023). Analisis hubungan dari motivasi dengan keberhasilan akademik pada mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Nusantara: Indonesian Journal of Islamic Studies, 3(2), 179–196.

Reza, A. (2025). Pengaruh dukungan sosial dan penerimaan diri terhadap motivasi menghafal al-Quran pada mahasiswa UIN Sunan Gunung Djati [Tesis kedoktoran, UIN Sunan Gunung Djati].

Ryan, R. M., Rigby, C. S., & King, K. (1993). Two Types of Religious Internalization And Their Relations to Religious Orientations And Mental Health. Journal of Personality and Social Psychology, 65(3), 586–596.

Sholehah, N. R., & Arif, M. (2024). Perkembangan dan faktor-faktor pendorong studi al- Qur’an. At-Tajdid: Jurnal Pendidikan dan Pemikiran Islam, 8(1), 300–311.

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail, & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal Hadhari, Edisi Khas, 155–172.

Downloads

Published

2025-06-01

Issue

Section

Articles

How to Cite

PERBANDINGAN PENGARUH SOKONGAN SOSIAL DAN MOTIVASI DIRI TERHADAP AMALAN MEMBACA AL-QURAN DALAM KALANGAN OKU PENGLIHATAN DI KAWASAN PEDALAMAN NEGERI KEDAH: COMPARISON OF THE INFLUENCE OF SOCIAL SUPPORT AND SELF-MOTIVATION ON THE PRACTICE OF READING THE QURAN AMONG THE VISUALLY IMPAIRED IN THE STATE OF KEDAH. (2025). KQT EJurnal, 5(1), 73-85. https://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/108

Similar Articles

51-60 of 63

You may also start an advanced similarity search for this article.