KONSEP SIHIR MENURUT ISLAM DAN PENGAMALANNYA DALAM MASYARAKAT

[THE CONCEPT OF SORCERY ACCORDING TO ISLAM AND ITS PRACTICE IN SOCIETY]

Authors

  • MUNA HAMZAN Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan
  • MAHYUDDIN DAUD Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Keywords:

Islam, Undang-undang, Jenayah, Sihir, Islam, Legislation, Crime, Sorcery

Abstract

Sihir merupakan perlakuan atau perbuatan yang dilakukan oleh individu bagi mendapatkan sesuatu dengan cara mendekatkan diri kepada makhluk halus seperti jin dan syaitan. Secara jelasnya, amalan sihir sebenarnya berlaku apabila manusia menggunakan bantuan daripada syaitan. Asas kepada perkara tersebut adalah kerana mempunyai hati yang kotor dan tujuan yang jahat. Objektif kajian ini akan membincangkan konsep sihir menurut Islam dan pengamalannya dalam masyarakat. Kajian ini mengemukakan perbahasan oleh para ulama Islam tentang istilah sihir dan hakikat sihir menurut Islam. Kajian juga akan membincangkan kedudukan sihir dalam masyarakat dan mekanisme kawalan perundangan terhadap jenayah melibatkan sihir serta fatwa berkaitan sihir di Malaysia. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah dokumentasi (perpustakaan) iaitu analisis dokumen seperti jurnal-jurnal, buku-buku dan artikel-artikel. Hasil kajian ini dapat dirumuskan bahawa amalan sihir perlu dikanunkan sebagai satu kesalahan jenayah di Malaysia di peringkat undang-undang Persekutuan atau negeri. Usaha secara kolektif daripada semua pihak yang berautoriti seharusnya dilakukan bagi membendung jenayah yang melibatkan sihir ini.

Sorcery is a behaviour or act carried out by an individual to obtain something by associating closely with supernatural or ethereal beings, such as jinn or the devil. To be more explicit, the practice of sorcery actually occurs when humans source help from the devil. Basically, this occurs because one is deceitful and despicable as well as having evil intentions. This study intends to discuss the concept of sorcery according to Islam and its practice in society. It presents a debate by Islamic scholars about the term ‘sorcery’ and the nature of sorcery according to Islam. It will also discuss society’s attitude and perception about sorcery, the legislative mechanism that monitors sorcery-related crimes as well as fatwa related to sorcery in Malaysia. Data collection employed the documentation method (library research), whereby documents such as journals, books and articles were analysed. Findings indicate that the practice of sorcery needs to be legally defined as a criminal offense in Malaysia, both at the federal and state levels. A collective effort involving all relevant authorities should focus on curbing sorcery-related crimes.

References

Amran Kasimin (2009). Sihir Suatu Amalan Kebatinan. Bangi: Penerbit UKM.

Ansaruddin Agus dan Mohammad Azlee A. Mutallib (2011). Perangi Sihir. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd.

Haron Din (2009). “Sihir: Kesannya Kepada Aqidah Dan Bagaimana Mengatasinya”, Kertas Persidangan Muzakarah Pakar: Bentuk-Bentuk Sihir Pengasih & Metodologi Diagnosis. Selangor: Jabatan Mufti Selangor.

Ibn Qudamah Al-Maqdisi (1990). Al-Mughni. Riyadh: Maktabah al-Riyadh al-Hadithah.

Ibrahim Mustafa (1990). Al-Mu’jam Wasith. Jld. ke-2. Istanbul: Dar al-Dakwah.

Kamarul Azmi Jasmi (2012). Penyelidikan Kualitatif Dalam Sains Sosial. Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia.

Mahyuddin Ismail (2011). Ahli Sihir ke Tali Gantung. Kuala Lumpur: PTS Millennia Publication.

Mohd Idris Abdul Rauf al-Marbawi (1990). Kamus Idris Al-Marbawi. Kuala Lumpur: Darul Fikri Sdn. Bhd.

Susan C. Karant-nunn & Merry E. Wiesner-Hanks (2003). Luther On Women: A Sourcebook. Cambridge: Cambridge Univesity Press.

Downloads

Published

2023-03-13

How to Cite

HAMZAN, M., & DAUD, M. (2023). KONSEP SIHIR MENURUT ISLAM DAN PENGAMALANNYA DALAM MASYARAKAT: [THE CONCEPT OF SORCERY ACCORDING TO ISLAM AND ITS PRACTICE IN SOCIETY]. KQT EJurnal, 2(2), 18–23. Retrieved from http://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/59

Issue

Section

Articles

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.