Siyasah Syar’iyyah : Kajian Konsep Berdasarkan Sirah Dan Sejarah Ketamadunan Islam

Siyasah Syar'iyyah: A Study Of Concepts Based On Sirah And The History Of Islamic Civilization

Authors

  • MOHD AFFANDI MOHD YUSUF Kolej al-Quran Terengganu
  • NOR IZANI ABDULLAH Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu

Keywords:

Al-Siyasah, Al-Syar’iyyah, Khulafa’ al-Rasyidin, Umayyah, Abbasiyyah

Abstract

Islamic based politics known as Siyasah Syar’iyyah has existed since the time of Rasulullah SAW. The Islamic government of Madinah founded by Rasulullah SAW showed the success of the concept of shura which is the core of administration. Khulafa' al-Rasyidin who inherited the Islamic State after Rasulullah SAW then made the necessary reforms in accordance with the changes of time and place. This political system was further developed during the reign of the Umayyah and Abbasiyah kingdoms. This article aims to review the concept of Siyasah Syar'iyyah according to the Islamic perspective by highlighting and analyzing the history of the reign of the Prophet Muhammad SAW, the khulafa' al-rasyidin, the Umayyah kingdom and the Abbasiyah kingdom. The author will comment on this issue based on a study of the literature, by examining the writings of Islamic figures, especially from the archipelago and the Arab world related to this issue. The results of the study found that Islamic politics is an art that is guided by Islamic law, and not based on the power of thought alone. The Medina Charter which was the basis for the administration of Rasulullah SAW has brought political stability to the city of Medina. The concept of shura was used in the era of Rasulullah SAW and khulafa' al-rasyidin. The concept of monarchy was practiced in the era of the Umayyad government and the Abbasiyah government to avoid the division of the country. The data collected in this study can be used as a reference by the community in understanding the concept of Siyasah Syar'iyyah based on the sirah and history of Islamic civilization. This study can be expanded by focusing on specific eras such as the era of khulafa 'al-rasyidin.

 

 

Politik berlandaskan Islam yang dikenali sebagai Siyasah Syar’iyyah telah wujud semenjak zaman Rasulullah SAW. Kerajaan Islam Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah SAW menunjukkan kejayaan konsep syura yang menjadi teras pentadbiran. Khulafa’ al-Rasyidin yang mewarisi tompok pemerintahan Negara Islam selepas Rasulullah SAW kemudiannya membuat pembaharuan yang perlu sesuai dengan perubahan masa dan tempat. Sistem politik ini dikembangkan lagi pada zaman pemerintahan kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyyah. Artikel ini bertujuan meninjau konsep Siyasah Syar’iyyah menurut perspektif Islam dengan menyorot dan menganalisis sejarah pemerintahan zaman Nabi Muhammad SAW, khulafa’ al-rasyidin, kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyyah.  Penulis akan mengulas masalah ini berdasarkan kepada kajian kepustakaan, dengan mengupas penulisan tokoh-tokoh Islam khususnya dari nusantara dan dunia Arab berkaitan isu ini. Hasil kajian mendapati politik Islam adalah satu seni yang berpandukan kepada syarak, dan bukannya bersandarkan kepada kekuatan pemikiran semata-mata. Piagam Madinah yang menjadi dasar kepada pentadbiran Rasulullah SAW telah membawa kestabilan politik ke Kota Madinah. Konsep syura digunakan dalam era Rasulullah SAW dan khulafa’ al-rasyidin. Konsep pemerintahan beraja pula diamalkan pada era kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyyah untuk mengelakkan perpecahan negara. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini boleh dijadikan rujukan oleh masyarakat dalam memahami konsep Siyasah Syar’iyyah berdasarkan sirah dan sejarah ketamadunan Islam. Kajian ini boleh dikembangkan dengan memberi tumpuan kepada era tertentu seperti era khulafa’ al-rasyidin.

References

Al-Quran al-Karim

Al- Shallabiy, Ali ibn Muhammad. (2008). al-Daulah al-Umawiyyah : Awamil al-Izdihar wa Tada’iyat al-Inhiyar. Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Al-Bukhariy, Muhammad ibn Ismail. (1422H). Sahih al-Bukhariy. Dar Tuq al-Najat.

Al-Mutiriy, Hakim. (2009). Tahrir al-Insan wa Tajrid al-Tughyan. Al-Muassasah al-Arabiyyah lil Dirasat wa al-Nasyr.

Al-Sa’idiy, Abdul Muta’al. (1962). al-Siyasah al-Islamiyyah fi Ahd al-Khulafa’ al-Rasyidin. Dar al-Fikr al-Arabiy.

Al-Zubaidiy, Muhammad ibn Muhammad al-Husainiy. (t.t.). Taj al-Arus Min Jawahir al-Qamus. Dar al-Hidayah.

Ibn Kathir, Ismail ibn Umar al-Qurasyiy. (1986). Al-Bidayah wa al-Nihayah. Beirut : Dar al-Fikr.

Ibn Majah, Muhammad ibn Yazid al-Qazwiniy. (1996). Sunan Ibn Majah. Beirut : Dar al-Ma’rifah.

Ibn Manzur, Muhammad ibn Mukrim ibn Ali al-Afriqi. (1414H). Lisan al-Arab. Beirut : Dar Sadir.

Ibn Taimiyyah, Ahmad ibn Abdul Halim al-Hanbaliy al-Dimasyqi. (1418H). al-Siyasah al-Syar’iyyah. Arab Saudi : Wizarah al-Syu’un al-Islamiyyah wa al-Awqaf wa al-Da’wah wa al-Irsyad

Muhammad Suhail Thaqusy. (2009). Tarikh al-Daulah al-Abbasiyyah. Beirut: Dar al-Nafaes.

Yusuf al-Qaradhawi. (2001). Al-Siyasah al-Syar’iyyah Fi Dhau’i Nusus al-Syariah wa Maqasiduha. Beirut : Muassasah Risalah.

Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2013). Al-Fiqh al-Manhaji : Wasiat Dan Jenayah Dalam Fiqh al-Syafi’i. Selangor : Darul Syakir Enterprise.

Laman Web

Al-durar al-Saniyyah : عصر الدولتين الأموية والعباسية وظهور فكر الخوارج .5 Julai 2015. http://www.dorar.net/lib/book_end/11343

Inayah Faizah : Makalah Tentang Bani Umayyah Dan Abbasiyyah. 5 Julai 2015. http://inayahfaizah.blogspot.com/2013/11/makalah-tentang-bani-umayyah-dan.html

Muntada Ansar al-Sunnah : النظام السياسي فى عهد النبوة . 5 Julai 2015 http://www.ansarsunna.com/vb/showthread.php?t=38691 (Penulis : Zainab Ahmad al-Said)

Shaid al-Fawaid : السياسة الشرعية : التعريف والتأصيل . 5 Julai 2015. http://www.saaid.net/Doat/alsharef/6.htm (penulis : Mohammad ibn Syakir al-Syarif)

Shaid al-Fawaid : دستور المدينة.. مفخرة الحضارة الإسلامية . 5 Julai 2015. http://www.saaid.net/mohamed/234.htm (penulis : Muhammad Mas’ad Yaqut)

Tristiono : Daulah Bani Umayyah Dan Daulah Bani Abbasiyyah. 5 Julai 2015. https://tristiono.wordpress.com/2009/03/16/daulah-bani-umayyah-dan-daulah-bani-abbasiyah/

Kertas Kerja Seminar

Abdul Jalil Borhan. (2013). Konsep Siyasah Syar’iyyah Dan Pelaksanaannya Dalam Konteks Malaysia. Kertas Kerja dalam Seminar Kebangsaan Pelaksanaan Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Masa Kini anjuran Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Syukeri Muhammad. (2009). Siyasah Syar’iyyah Dalam Membentuk Gegasan Fiqh Masyarakat Majmuk. Kertas Kerja dalam Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam Dalam Negara Islam.

Downloads

Published

2022-06-01

How to Cite

MOHD YUSUF, M. A. ., & ABDULLAH, N. I. . (2022). Siyasah Syar’iyyah : Kajian Konsep Berdasarkan Sirah Dan Sejarah Ketamadunan Islam: Siyasah Syar’iyyah: A Study Of Concepts Based On Sirah And The History Of Islamic Civilization. KQT EJurnal, 2(1), 109–126. Retrieved from http://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/53

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)