KQT eJurnal https://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs
International Journal of Al-Quran and Knowledge is a biannual, trilingual (Malay, English, and Arabic), peer-reviewed journal published by KQT Press (Penerbit KQT) that aims to promote the study of the Qurʾān and the Sunnah from a wide range of scholarly perspectives. IJQK publishes original research based article, concept paper, review paper, case study, in the area of Quran and Sunnah studies that relates directly or indirectly to all fields of natural, technological, social and human sciences.
Kolej al-Quran Terengganu en-US KQT eJurnal 2785-8065 IMPAK PENASABAN KEPADA ABDULLAH TERHADAP MASALAH SOSIAL ANAK TAK SAH TARAF https://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/81
ABSTRAK

Keputusan Fatwa Kebangsaan terhadap penamaan nasab anak tak sah taraf (ATST) kepada Abdullah merupakan pandangan majoriti di Malaysia. Nama ibu ATST sebagai jalur nasab yang sah digantikan kepada Abdullah adalah bertujuan untuk mengelakkan kesan psikologi dan masalah sosial berlaku kepada anak tersebut. Namun begitu, terdapat pelbagai dakwaan yang menampakkan kesan yang negatif berlaku kepada ATST tidak seperti yang diinginkan oleh fatwa. Sehubungan dengan itu, artikel ini dihasilkan bertujuan mengkaji impak masalah sosial yang dihadapi oleh ATST yang dinamakan dengan nama Abdullah bagi menggantikan nama ibu sebagai jalur yang sah. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif, manakala strategi kajian pula ialah kajian kes. Kajian ini juga mengadaptasikan reka bentuk kualitatif dengan kaedah pengumpulan data adalah kombinasi teknik analisis kandungan dokumen dan temu bual separa berstruktur. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data yang mana hasilnya dikategorikan mengikut kaedah tematik. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat empat jenis masalah sosial yang boleh dikaitkan dengan penamaan ATST kepada Abdullah iaitu ponteng sekolah, lari dari rumah, melawan cakap dan melepak. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan agar penamaan nama Abdullah bagi menggantikan nama ibu sebagai jalur yang sah ke atas ATST adalah wajar dimurnikan kembali agar bersesuaian dengan realiti yang berlaku.

Abstract

The decision of the National Fatwa on the naming of an illegitimate child’s (Anak Tak Sah Taraf, ATST) lineage to Abdullah is the majority view in Malaysia. ATST’s mother’s name is replaced as a legitimate line of descent with Abdullah’s to avoid psychological and social problems for the child. However, there are several allegations that show a negative impact on ATST, which is contrary to the fatwa. In relation to that, the purpose of this article is to look at the social problems faced by ATST who use the name Abdullah to replace the mother’s name as a legitimate line of descent. This study’s philosophy is interpretive, and the research strategy is a case study. This study, too, used a qualitative design and a data collection method that combined document content analysis techniques and semi-structured question interviews. Once the document and interview data have been obtained, the document content analysis method is used again in the process of analysing these data, and the results are classified using the thematic method. The results of the study found that there are four types of social problems that can be linked to the naming of ATST to Abdullah, namely skipping school, running away from home, fighting back and hanging out. Therefore, this study suggests that the use of Abdullah’s name to replace the mother’s name as a legitimate line of descent to ATST be refined to reflect current reality.
MUHAMMAD MUSTAQIM ROSLAN Copyright (c) 2024 MUHAMMAD MUSTAQIM ROSLAN 2024-06-01 2024-06-01 1 14 KEKELIRUAN FAHAM ALAM DALAM PANDANGAN ALAM BARAT: TINJAUAN KARYA “ISLAM AND SECULARISM” KARANGAN SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS https://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/82
ABSTRAK

Faham alam (cosmology) telah dibahaskan oleh ramai tokoh daripada latar zaman dan pemikiran yang pelbagai. Dewasa kini, kemajuan kajian tentang alam semakin maju dan antara pihak yang terkehadapan dalam kajian tentang alam ini adalah dari Barat. Namun, seiring dengan kemajuan kajian tentang alam, kerosakan alam juga meningkat naik. Hal ini kerana Barat itu sendiri telah melalui proses pensekularan sebagai “suatu rancangan falsafah” (secularization as a philosophical program). Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk kekeliruan faham alam dalam Pandangan Alam Barat melalui kaedah analisis kajian-kajian oleh sarjana Muslim semasa terhadap sejarah faham alam dalam tradisi keilmuwan Barat. Sarjana Muslim yang diberi tumpuan iaitu Syed Muhammad Naquib al-Attas. Didapati terdapat tiga bentuk kekeliruan faham alam dalam pandangan alam Barat. Kekeliruan ini berlaku hasil daripada pensekularan sebagai “suatu rancangan falsafah”.

ABSTRACT

Cosmology had been discussed by great figures from various timeline and thought. Nowadays, the research on cosmology is progressing and one of the prominent researchers in this area is the West. However, along with the research progress, the corruption on nature is increasing. This is because the West had been through secularization as “a philosophical program”. The objective of this article is to identify the forms of confusions on cosmology based on the Worldview of the West through analysis on the research about the history of conception on nature in the Western intellectual tradition by contemporary Muslim scholars. Syed Muhammad Naquib al-Attas is the Muslim scholar that was emphasized on. There were three forms of confusions on the cosmology based on the Worldview of the West founded. These confusions are the product of secularization as a philosophical program”.
MIOR MUHAMMAD SYAHIR ZAHARI Copyright (c) 2024 MIOR MUHAMMAD SYAHIR ZAHARI 2024-06-01 2024-06-01 15 28 SOROTAN TERHADAP RIWĀYAT MUTAWĀTIRAH YANG KEKAL PADA ZAMAN SEKARANG: KAJIAN ANALISIS https://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/83
ABSTRAK

Para ulama telah sepakat bahawa Qirāat ‘Asyarah Mutawātirah merupakan sepuluh bacaan al-Qur’an yang dipandang sah sebagai Kalam Ilahi. Qirāat tersebut sudah diperakui keabsahannya serta diyakini mempunyai kesinambungan dan kesesuaian dengan apa yang diajarkan oleh baginda Rasul S.A.W. Setiap Qirāat memiliki dua riwāyat paling tersohor, sehingga secara keseluruhan bacaan yang mutawātirah berjumlah 20 riwāyat. Meskipun bacaan mutawātirah tersebut telah disepakati keabsahannya oleh jumhur ulama, namun tidak semua riwāyatnya memiliki pembaca tetap dalam kalangan umat Islam pada zaman sekarang. Melainkan hanya beberapa riwāyat sahaja yang masih kekal, manakala riwāyat lainnya telah mengalami kepupusan pembaca secara perlahan-lahan sejak beberapa abad lalu. Kajian ini akan mengungkapkan pelbagai riwāyat al-Qur’an yang masih tersohor dan mempunyai pembaca tetap pada zaman sekarang. Kajian ini mendapati bahawa saat ini ada empat riwāyat al-Qur’an yang masih tetap dibaca iaitu riwāyat Hafs dari imam ‘Āshim al-Kufi, riwāyat Warsy dan Qālun dari imam Nāfi’ al-Madani serta riwāyat al-Dūri dari imam Abu ‘Amr al-Bashri. Riwāyat Hafs merupakan yang paling popular berbanding dengan tiga riwāyat lainnya, di mana ia dibaca secara kekal oleh umat Islam bermula dari Jazirah Arab sampai ke Asia Tenggara. Yang ertinya lebih dari 50% kaum muslimin telah merujuk kepada riwāyat tersebut. Manakala tiga riwāyat lainnya hanya tersebar di beberapa negara bahagian Afrika.

ABSTRACT

The scholars agree that Qirāat ‘Asyarah Mutawātirah are ten readings of the Qur'an which are considered authentic as Firman Allah. The truth of this Qirāat has been validated and is believed to have continuity and conformity with what was taught by the Prophet Muhammad S.A.W. Each Qirāat has two of the most famous riwāyat, so the total of  mutawātirah reading amounts to 20 riwāyat. Although the validity of mutawātirah readings has been agreed upon by the majority of scholars, not all of these riwāyat have regular readers among Muslims today. However, only a few riwāyat still remain, while most of the other riwāyat have slowly experienced the extinction of readers over the last few centuries. This study will reveal various riwāyat of the Qur'an which are still popular and widely read today. It found that currently there are four riwāyat of the Qur'an that are still read regularly, namely riwāyat Hafs from Imam 'Āshim al-Kūfi, riwāyat Warsy and Qālun from Imam Nāfi' al-Madani, and riwāyat of al-Dūri from Imam Abū 'Amr al-Basri. Riwūyat Hafs is the most popular compared to the other three riwayat, where it is used as regular reading by Muslims from the Arabian Peninsula to Southeast Asia. It means that more than 50% of Muslims have used this riwūyat as their daily reading. Meanwhile, the other three riwāyat are only read in several African states.
GUMAA AHMED HIMMAD AHMAD BAHA’ MOKHTAR RIFQI HIDAYATIL Copyright (c) 2024 GUMAA AHMED HIMMAD, AHMAD BAHA’ MOKHTAR, RIFQI HIDAYATIL 2024-06-01 2024-06-01 29 50 PENGARUH MINAT TERHADAP PENCAPAIAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN CALON SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA https://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/84
ABSTRAK

Bahasa Arab memainkan peranan penting dalam konteks agama, pendidikan, dan budaya. Sebagai sebuah negara dengan populasi majoriti Muslim, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia memfokuskan kepada pemahaman Al-Quran dan pengajian Islam. Oleh itu, Bahasa Arab dijadikan sebagai salah satu subjek dalam kurikulum kebangsaan di sekolah-sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi bagi mencapai Kemahiran Bahasa Arab. Namun, kajian mendapati pencapaian bahasa Arab pelajar di Malaysia masih berada pada tahap yang tidak memuaskan. Antara faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar adalah kerana latar belakang dan minat yang berbeza. Oleh itu, kajian ini mengkaji pengaruh minat dan faktor-faktor yang mempengaruhinya terhadap pencapaian kemahiran Bahasa Arab dalam kalangan calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kajian melibatkan calon STPM yang mengambil mata pelajaran bahasa Arab di sekolah menengah di Terengganu, Malaysia. Data dikumpulkan melalui tinjauan dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan korelasi. Melalui analisis statistik deskriptif dan inferensi, kajian ini meneroka hubungan antara tahap minat dan pencapaian dalam bahasa tersebut. Dapatan menunjukkan korelasi yang signifikan antara tahap minat dan prestasi akademik dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Walaupun pelajar menunjukkan tahap minat yang berbeza, pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didapati sederhana secara purata. Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi minat, iaitu relevansi peribadi dan pengalaman pembelajaran positif. Justeru, kajian ini menekankan kepada kepentingan mengasah minat pelajar melalui faktor-faktor yang mempengaruhi minat yang lain seperti kaedah pengajaran yang berkesan dan pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Arab di kalangan calon STPM.

ABSTRACT

The Arabic language plays an important role in the context of religion, education, and culture. As a country with a majority Muslim population, the teaching and learning of Arabic in Malaysia focus on the understanding of the Quran and Islamic studies. Therefore, Arabic is included as one of the subjects in the national curriculum in secondary schools and higher education institutions to achieve Arabic language proficiency. However, studies have found that students' achievements in Arabic in Malaysia are still at an unsatisfactory level. Factors influencing student achievement include different backgrounds and interests. Thus, this study examines the influence of interest and the factors affecting it on the achievement of Arabic language skills among Malaysian Higher School Certificate (STPM) examination candidates. The study involves STPM candidates taking the Arabic language subject in secondary schools in Terengganu, Malaysia. Data were collected through surveys and analyzed using descriptive and correlation statistical methods. Through descriptive and inferential statistical analysis, this study explores the relationship between the level of interest and achievement in the subject. The findings show a significant correlation between the level of interest and academic performance in the Arabic language subject. Although students showed varying levels of interest, their achievement in the Arabic language subject at the Malaysian Certificate of Education (SPM) level was found to be moderate on average. Additionally, the study results indicate that there are two main factors influencing interest: personal relevance and positive learning experiences. Thus, this study emphasizes the importance of fostering student interest through other influencing factors such as effective teaching methods and the creation of a conducive learning environment to improve Arabic language skills among STPM candidates.
NUR FATANAH MAT NOOR NOORAIHAN ALI ARINA AMALIA PRIHARTINI Copyright (c) 2024 NUR FATANAH MAT NOOR, NOORAIHAN ALI, ARINA AMALIA PRIHARTINI 2024-06-01 2024-06-01 51 65 KONSEP QARĀ’IN DALAM TAFARRUD: KAJIAN TERHADAP AL-MŪQIZAH KARYA AL-ZAHABĪ https://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/85
ABSTRAK

Periwayatan hadith secara tafarrud seringkali dibincangkan oleh para sarjana hadith dalam karya-karya mereka. Namun perbincangan tafarrud kebiasannya terarah sebagai salah satu qarīnah untuk mengesan ‘illah dalam sesebuah hadith. Al-Zahabī melalui karyanya al-Mūqizah membawa perbincangan dari stereotaip berbeza iaitu berkenaan konsep dan peranan qarīnah untuk mengesan keabsahan tafarrud seseorang perawi. Namun sehingga kini tiada kajian yang cuba membedah konsep perbincangan yang dikeluarkan oleh beliau. Justeru itu, kajian ini meneliti konsep qarā’in yang dijelaskan oleh al-Zahabī serta menganalisis perbincangan beliau secara rapi. Metodologi yang digunakan adalah pendekatan kualitatif berdasarkan analisis dokumentasi sebagai pengumpulan data dan analisis kandungan sebagai metode analisis data. Kajian ini mendapati al-Zahabī telah merumuskan sebanyak dua qarīnah dalam menerima tafarrud seseorang perawi iaitu kedudukannya dalam hadith dan era zaman perawi tersebut hidup. Sekiranya kedua-dua petunjuk tidak terdapat pada perawi besar kemungkinan riwayatnya secara tafarrud adalah tertolak. Justifikasinya, kajian ini mencadangkan sebuah kajian lanjutan bagi mengenal pasti metode qarā’in tokoh lain dalam isu tafarrud. Selain itu, sebuah kajian aplikasi qarā’in dalam menaik taraf status hadith-hadith masa kini wajar dijalankan agar wacana hadith sentiasa marak dan berjalan.

ABSTRACT

The narration of hadith through tafarrud is often discussed by hadith scholars in their works. However, the discussion of tafarrud typically focuses on it as one of the indicators (qarīnah) for detecting hidden defects (‘illah) in a hadith. Al-Zahabī, in his work al-Mūqizah, brings a different perspective to the discussion by addressing the concept and role of qarīnah in verifying the authenticity of a narrator's tafarrud. However, until now, no research has attempted to dissect the concept of the discussion presented by him. This study examines the concept of qarā’in as explained by al-Zahabī and analyzes his discussion in detail. The methodology used is a qualitative approach based on document analysis for data collection and content analysis as the data analysis method. The study finds that al-Zahabī has summarized two qarīnah in accepting a narrator's tafarrud: the narrator's status in hadith and the era in which the narrator lived. If both qarīnah are not found in the narrator, it is highly likely that his tafarrud will be rejected. Consequently, this study suggests further research to identify the methods of qarā’in used by other scholars in the issue of tafarrud. Additionally, a study on the application of qarā’in in upgrading contemporary hadiths status should be conducted to ensure that the discourse on hadith remains vibrant and ongoing.
DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI Copyright (c) 2024 DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI 2024-06-01 2024-06-01 66 79