https://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/issue/feed KQT eJurnal 2025-06-04T09:10:01+08:00 Open Journal Systems
International Journal of Al-Quran and Knowledge is a biannual, trilingual (Malay, English, and Arabic), peer-reviewed journal published by KQT Press (Penerbit KQT) that aims to promote the study of the Qurʾān and the Sunnah from a wide range of scholarly perspectives. IJQK publishes original research based article, concept paper, review paper, case study, in the area of Quran and Sunnah studies that relates directly or indirectly to all fields of natural, technological, social and human sciences.
https://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/98 GEJALA KEMURUNGAN AKIBAT PEMBUBARAN PERNIKAHAN SYUBHAH: ANALISIS KAJIAN KES 2025-06-04T09:10:01+08:00 MUHAMMAD MUSTAQIM ROSLAN muhd.mustaqim@usas.edu.my MUHAMMAD ASYRAF A AZIZ muhd.mustaqim@usas.edu.my
ABSTRAK

Nikah syubhah merupakan perkahwinan yang diragui akan statusnya akibat daripada faktor-faktor tertentu. Hal ini berkait rapat dengan kes pasangan dua beradik yang telah dibubarkan perkahwinannya di Mahkamah Rendah Syariah Klang (MRSK), Selangor pada tahun 2022. Pembubaran perkahwinan tersebut adalah arahan daripada pegawai bertugas yang menguruskan hal ehwal pernikahan mereka tempoh hari, apabila dikenal pasti bahawa wali yang digunakan iaitu abang mereka telah diklarifikasikan sebagai anak tidak sah taraf (ATST). Dakwaan tersebut hanyalah dilihat daripada tarikh kelahiran abangnya dengan tarikh pernikahan kedua ibu bapa mereka yang kurang daripada tempoh enam bulan kelahiran, sedangkan abang mereka dilahirkan secara pramatang dan terpaksa dibesarkan dalam inkubator. Akibat tiada tabayyun yang terperinci, kedua-dua pasangan telah dibubarkan perkahwinan mereka dan telah mengakibatkan masalah kesihatan mental yang kritikal dihadapi mereka. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis gejala kemurungan akibat pembubaran perkahwinan dari nikah syubhah yang diragui ini. Kajian ini merupakan kajian interpretif dengan pendekatan kajian kes sebagai strategi kajian. Reka bentuk kualitatif telah diadaptasikan dalam kajian ini dengan gabungan kaedah analisis dokumen dan temubual separa berstruktur melibatkan empat orang mangsa keadaan. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data ini yang mana hasilnya dikategorikan mengikut kaedah tematik. Hasil dapatan menunjukkan terdapat 10 tanda atau simptom kemurungan yang dihadapi oleh kedua-dua pasangan akibat pembubaran perkahwinan dari nikah syubhah yang diragui iaitu, sukar menumpukan perhatian, sering marah, kesukaran tidur, hilang selera makan, kurang keyakinan diri, bersendirian, kurang bercakap, rendah diri, sering termenung dan hilang fokus. Kajian lanjut diperlukan untuk mengetahui kesan setelah pasangan ini mengalami masalah kemurungan.

ABSTRACT

Nikah syubhah is a marriage whose status is questioned due to certain factors. This is closely related to the case of two siblings whose marriage was annulled by the Klang Syariah Lower Court (MRSK) Selangor, in 2022. The annulment was directed by the officer in charge of their marriage affairs when it was identified that the guardian used, their brother, was classified as an illegitimate child (ATST). The claim was based solely on the fact that their brother's birth date was less than six months after their parents' marriage date, even though he was born prematurely and had to be raised in an incubator. Due to the lack of detailed verification, both siblings' marriage was annulled, resulting in severe mental health issues for them. Therefore, this study aims to analyze the symptoms of depression resulting from the annulment of this doubtful syubhah marriage. The philosophy behind this study is interpretive, with a case study approach as the research strategy. A qualitative design was adopted in this study, combining document analysis methods and semi-structured interviews involving four affected individuals. Once document data and interview data were obtained, document content analysis was used again in analyzing these data, with the results categorized thematically. The findings indicate that there are 10 signs or symptoms of depression experienced by both individuals due to the annulment of the doubtful syubhah marriage: difficulty concentrating, frequent anger, trouble sleeping, loss of appetite, low self-confidence, isolation, reduced speech, low self-esteem, frequent daydreaming, and loss of focus. Further research is needed to understand the effects after these individuals experience depression.
2025-06-01T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 MUHAMMAD MUSTAQIM ROSLAN , MUHAMMAD ASYRAF A AZIZ