Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Melalui Aplikasi Telegram

[Applying Values In The Teaching And Learning Of History Subjects Through Telegram Applications]

Authors

  • Tuan Shariffah Khairiah Tuan Kechil Kolej al-Quran Terengganu
  • Mohd Mahzan Awang Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Aplikasi Telegram, kelas mudah alih, pengajaran, nilai

Abstract

The development of technology and communication has brought changes in the teaching and learning as well as the daily lives of students both at school and at the university level. Mobile learning are one of the approaches that are common in the teaching and learning process today. Educators can select a variety of appropriate applications to use according to the context of the problem encountered. One of the applications that is gaining ground in the teaching and learning process is through the Telegram application. This application is one of the interactive media that is a favorite of educators because of its convenience to send messages, share lecture notes, and can be accessed not only via smartphone but also through a computer without the need for a connection from a smartphone. Telegram application is also able to create an effective platform for interaction among students and educators as well as help streamline their learning process. Thus, this study would like to explore the application of values during the teaching and learning process using Telegram in History subjects. Students take classes virtually using the Telegram app within two hours. The results show that there is a good effect on pedagogical values ​​and intrinsic values​​ that can be integrated in the teaching and learning process thus helping students to better understand their learning outcomes.

Perkembangan teknologi dan komunikasi telah membawa perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran serta kehidupan seharian para pelajar sama ada di sekolah mahupun di peringkat universiti. Pembelajaran mudah alih merupakan salah satu pendekatan yang menjadi kebiasaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Para pendidik boleh memilih pelbagai aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan mengikut konteks masalah yang dihadapi. Salah satu aplikasi yang semakin mendapat tempat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah melalui aplikasi Telegram. Aplikasi ini merupakan salah satu daripada media interaktif yang menjadi kegemaran para pendidik kerana kesesuaiannya untuk menghantar pesanan, berkongsi nota kuliah, dan boleh diakses bukan sahaja melalui telefon pintar bahkan melalui komputer tanpa memerlukan sambungan daripada telefon pintar. Aplikasi Telegram juga mampu melahirkan wadah interaksi yang berkesan dalam kalangan pelajar dan para pendidik serta membantu melancarkan proses pembelajaran mereka. Justeru, kajian ini ingin meneroka penerapan nilai semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Telegram dalam mata pelajaran Sejarah. Para pelajar mengikuti kelas secara maya menggunakan aplikasi Telegram dalam tempoh dua jam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat kesan yang bagus kepada nilai pedagogi dan nilai instrinsik yang dapat diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekali gus membantu pelajar untuk lebih memahami hasil pembelajaran mereka. 

References

Ashraf, D. & Kamaljit, I. L. (2010). The impact of the new web 2.0 technologies in communication, development and revolutionsof societies. Journal of Advances in Information Technology. 2(4) : 204-216.

Aziz, N. A. A., & Ahmed, M. T. (2017). E-Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di IPG Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 11.

Chear, S. L. S. (2017). Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Aplikasi Whatsapp dan Telegram di Universiti Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia, 2(42), 1-14.

Deo, S. & Hassan, S. 2014. Exploitation of online social networks (OSNs) among university student : A case study of the University of Dodoma. Inetrnational Journal of Computer Applications, 94(12) : 10-14.

Devita Anggraini, S. & Chendra Wibawa, S. (2019). Pengembangan Media Pembelajaran Berbasis Telegram pada Mata Pelajaran Teknik Pengolahan Video Untuk Meningkatkan Kemampuan Berfikir Kognitif Siswa. It-Edu, 3(20).

Fatin Fatinah Manap & Aidah Abdul Karim. (2016). Pemilihan dan Penggunaan Media Sosial dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) : Satu Kajian di KIS. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1(36-40).

Hasan, S. H. (2019). Pendidikan Sejarah Untuk Kehidupan Abad Ke 21. Historia : Jurnal Pendidik dan Penelti Sejarah, 2(2), 61-72.

Hairia’an, N. H., & Dzainudin, M. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9, 18-28.

Issham Ismail, Siti Norbaya Azizan & Thenmolli Gunasegaran. (2016). Mobile learning in Malaysian universities : Are students ready? International Journal of Interactive Mobile Learning. 10(3) : 17-23.

Kashful Munirah Yusof & Anuar Ahmad. (2016). Media Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Sekolah Rendah. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1(1-15).

Kwartolo, Y. (2010). Teknologi informasi dan komunikasi dalam proses pembelajaran. Jurnal Pendidikan Penabur, 14, 15-43.

Malik, A., Siraj, S., Abdullah, M. R. T. L., & Sakika, K. A. (2017). Keperluan Dan Penerimaan Guru Pelatih Terhadap Pelaksanaan M-Pembelajaran Dalam Pendidikan Guru. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5(3), 62-70.

Miasan, N. A., & Kasim, T. S. A. T. (2018). Pengamalan M-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Novis Pendidikan Islam Di Sabah. Journal of Islamic Educational Research, 3(1), 11-20.

Monalisa, M., & Ardi, H. (2013). Using “Edmodo” educational social network in teaching English for high school students. Journal of Ennglish Language Teaching. 1(119-120).

Nair, S. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa needham dalam pembelajaran sejarah. Malaysian Journal of Educators and Education, 20, 21-41.

Nor’ain Nanyam & Aidah Abdul Karim. (2016). Penerimaan Penggunaan Media Sosial dalam Pembelajaran di Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Universiti Kebangsaan Malaysia. 1(60-62).

Noraya Elya Mohamad, Aidah Abdul Karim & Md Yusoff Daud. (2017). Penggunaan FROG VLE Sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) Di Sekolah Seluruh Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1(37).

Norhasna Yaakob & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2016). Perspeksi Guru Terhadap Penggunaan Media Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Ledang. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1(12-17).

Nurhuda Ahmad & Fariza Khalid. (2016). Penggunaan Media Sosial di Kalangan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) : Satu Kajian Kes di Zon Cheras, Hulu Langat. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1(27-29).

Oller, R. 2012. The Future of Mobile Learning. EDUCOUSE centre for Applied Research.

Putra, I. E. (2014). Teknologi media pembelajaran sejarah melalui pemanfaatan multimedia animasi interaktif. Jurnal TeknoIf, 1(2).

Rahayu, W. (2019). Pembelajaran Sejarah untuk Generasi Z. Jurnal Pendidikan Sejarah Indonesia, 2(1), 1-7.

Rossafri Mohamad & Shabariah Mohamad Shariff. (2011). Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1).

Qamar, K., & Riyadi, S. (2018). Efektivitas Blended Learning Menggunakan Aplikasi Telegram. At-Tajdid: Jurnal Ilmu Tarbiyah, 7(1), 1-15.

Saleh, M. P., & Siraj, S. (2017). Analisis Keperluan Pembangunan Model Pengajaran M-Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(4), 12-24.

Saputro, D. A. (2018). Pengembangan Bahan Ajar Pembelajaran Berbasis E-Learning dengan Menggunakan Aplikasi Telegram pada Matapelajaran Sejarah di SMA Negeri 1 Kauman tulungagung. SKRIPSI Jurusan Sejarah-Fakultas Ilmu Sosial UM.

Suryadi, A. (2007). Pemanfaatan ICT dalam pembelajaran. Jurnal Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh, 8(3), 83-96.

T. H Brown. (2005). Towards a model for m-learning in Africa. International Journal on E-learning, 4(3), 399-315.

Kechil, T. S. K. T., bin Awang, M. M., & bin Ahmad, A. R. (2019, October). The relationship between telegram application as a history learning platform and student performance. In The 2nd International Conference on Sustainable Development and Multi-Ethnic Society (pp. 156-160). Redwhite Pres.

Yusof, M. N. M., & Tahir, Z. (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan Ipta. e-BANGI, 12(3), 1-10.

Zanaton H. Iksan & Sumaiyah Mohd Saufian. (2017). Mobile Learning : Innovation In Teaching And Learning Using Telegram. Malaysia : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Downloads

Published

2021-06-01

How to Cite

Tuan Kechil, T. S. K., & Awang, M. M. (2021). Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Melalui Aplikasi Telegram: [Applying Values In The Teaching And Learning Of History Subjects Through Telegram Applications]. KQT EJurnal, 1(1), 1–8. Retrieved from http://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/19

Issue

Section

Articles