Penguasaan Hukum Nun Mati Atau Tanwin Dalam Kalangan Orang Cacat Penglihatan

[The Empowerment of Nun Saakin and Tanween Among Visual Disabled People]

Authors

  • Abu Hassan Basori Abdullah Kolej al-Quran Terengganu

Keywords:

Tajwid, Cacat Penglihatan, hukum Nun mati atau Tanwin, PERTIS

Abstract

This study is a survey conducted to identify the level of mastery of the law of Nun Saakin or Tanween among the visually impaired in the Association of the Visually Impaired Islamic Malaysia (PERTIS) Kuala Terengganu. The study sample consisted of 20 visually impaired respondents who attended the Quran study class at the Association of the Visually Impaired Islamic Malaysia (PERTIS), Kuala Terengganu branch. This study was conducted in quantitative form to identify the legal and practical mastery of the law of Nun Saakin or Tanween, identify the mastery of the law of Nun Saakin or Tanween as a whole and the relationship between the theoretical and practical mastery of respondents. The study data were obtained through a set of oral tests containing 15 test questions consisting of legal constructions of Nun Saakin or Tanween which were tested theoretically and practically. The results of the analysis found that the level of mastery of the reading of the law of Nun Saakin or Tanween as a whole is at a very good level (mean = 84.00). Theoretical mastery is at an excellent level (mean = 84.67), while practical mastery is also at an excellent level (mean = 83.33). The results of this study also found that there is no significant relationship (r = 0.283 p> 0.01) between theory and practice on the mastery of the law of Nun Saakin or Tanween in the recitation of the Quran. This shows that the lack of sensory ability is not an obstacle to the skill of reading the Qur'an well and tajwid.

 Kajian ini adalah satu tinjauan yang dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan hukum Nun mati atau Tanwin dalam kalangan orang cacat penglihatan di Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Kuala Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang responden cacat penglihatan yang mengikuti kelas pengajian al-Quran di Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), cawangan Kuala Terengganu. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif untuk mengenal pasti penguasaan hukum Nun mati atau Tanwin secara teori dan praktikal, mengenal pasti penguasaan hukum Nun mati atau Tanwin secara keseluruhan serta perkaitan antara penguasaan teori dan praktikal responden. Data kajian diperolehi melalui satu set ujian lisan yang mempunyai 15 soalan ujian yang terdiri daripada konstruk hukum Nun mati atau Tanwin yang diuji secara teori dan praktikal. Hasil analisis mendapati tahap penguasaan bacaan hukum Nun mati atau Tanwin secara keseluruhan berada pada tahap yang sangat baik (min=84.00). Penguasaan secara teori pula pada tahap yang sangat baik (min=84.67), manakala penguasaan secara praktikal juga pada tahap yang sangat baik (min=83.33). Hasil kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perkaitan yang signifikan (r= 0.283 p>0.01) antara teori dan praktikal terhadap penguasaan hukum Nun mati atau Tanwin dalam bacaan al-Quran. Ini menunjukkan bahawa kekurangan keupayaan pancaindera bukan merupakan penghalang kepada kemahiran membaca al-Quran dengan baik dan bertajwid.

References

Hajarul Bahti Zakaria, Mohd Huzairi Awang@Husain, Bani Hidayat Mohd Shafie, Nor Hayati Fatmi Talib & Nabiroh Kassim. (2010). Isu Dan Cabaran Guru Dalam Pendidikan Al-Quran Pelajar Bermasalah Penglihatan. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November, 751-762.

Lokman Mohd Tahir, Nurul Qistin Mustafa & Mohd Hanafi Mohd Yassin. (2009). Pendidikan Teknik Dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 24,73-87.

Mohd Rahmat Ahmad Nowawi & Ajmain Safar. (2002). Perlaksanaan Pembelajaran Al-Quran Dengan Menggunakan Tulisan Braille Terhadap Pelajar-Pelajar Cacat Penglihatan Di Sekofah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Muhad Bidin. (2010). Amalan bacaan al-Quran Masyarakat Terengganu. Kertas kerja. Seminar Antarabangsa Qiraat dan Qurra', Gong Badak: Universiti Sultan Zainal Abidin.

Mustaffa Abdullah. (2010). Institusi Masjid dan Sumbang annya Dalam Pengajian al-Quran Kepada Golongan Cacat Penglihatan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mustaffa Abdullah. (2010). Pengajian Al-Quran Dalam Kalangan orang-orang Cacat penglihatan Di Malaysia. Jurnal al-Bayan, 8, 21-34.

Noornajihan Jaafar & Kauthar Abdul Kader. (2008). Pengajaran Braille al-Quran di Malaysia, Seminar Warisan Quran dan Hadith Nusantara. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Al-IsmaiI, Nabil Mohammad Ibrahim. (2000). Ilmu Qiraat: Nash'atuhu, Atwaruhu, Wa Atharuhu fi Ulum al-Syar’iyyah. Riyadh: Maktabah al-Taubah.

Al-Juraisi, Muhammad Makki Nasr. (t.t). Nihayah Al-Qaulu Al-Mufid fi Ilmi al-Tajwid. Qaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah.

Al-Quran al-Karim.

Chua, Yan Piaw. (2008). Asas Statistik Penyelidikan. Perpustakaan Negara Malaysia: McGraw Hill.

Hassan Ayyub. (2007). Al-Hadith fi Ulum al-Quran wa al-Hadith. Qaherah: Dar al-Salam.

Jawatankuasa Pembangunan dan Penyemakan al-Quran Universiti Al-Urduniyyah. 2013. Al-Munir fi Ahkam Al-Tajwid. Amman: al-Matabi’ al-Markaziyyah.

Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. (2013). Braille al-Quran, Sejarah dan Kaedah, Cetakan Pertama. Negeri Sembilan: USIM.

Noraini Idris. (2010). Instrumentasi Dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.

Alimah Abd Rahman. (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah al-Quran Menerusi Tulisan Braille Di Sebuah Sekolah. Universiti Malaya: Fakulti Pendidikan.

Rumiza Abd Rahman. (2010). Pengajian Al Quran Dalam Kalangan orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Di Kuala Lumpur Dan Kuala Terengganu. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Sharifah Haslina Syed Samaldin. (2010). Penyediaan Fasiliti orang Kelainan Upaya Penglihatan Di Sekolah-Sekolah Pendidikan Khas (Kes Kajian: Sekolah-Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan). Tesis Sarjana. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Maisarah Sheikh Rahim. (2011). Nilai al-Quran Braille Kepada OKU. Bicara Agama: Utusan Malaysia. Tarikh akses 17 ogos 2011.

Downloads

Published

2021-06-01

How to Cite

Abdullah, A. H. B. (2021). Penguasaan Hukum Nun Mati Atau Tanwin Dalam Kalangan Orang Cacat Penglihatan: [The Empowerment of Nun Saakin and Tanween Among Visual Disabled People] . KQT EJurnal, 1(1), 37–48. Retrieved from http://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/12

Issue

Section

Articles